
“Mereka perlu menunjukkan kepada pengundi bahawa adanya perbezaan daripada kerajaan BN yang memilih untuk melebihkan kawalan politik berbanding memperkasakan rakyat.
“Kerajaan kini perlu menunjukkan komitmen politik untuk memperkukuh demokrasi tempatan dalam negara dengan mengembalikan undi ketiga kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin baru-baru ini mengumumkan pilihan raya tempatan akan dilaksanakan dalam tempoh masa 3 tahun, dan kajian terperinci ke atas perkara itu akan dijalankan dalam tempoh masa 6 bulan.
Bersih menggesa Zuraida melakukan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan, termasuklah pelbagai NGO semasa 6 bulan tempoh kajian apabila kementerian mengumpulkan input relevan berkaitan pembentukan dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.
Pilihan raya tempatan digantung pada 1965 ketika konfrontasi Malaysia dan Indonesia, apabila kerajaan merasakan perlu mengawal pihak berkuasa tempatan atas sebab keselamatan.
Bersih berkata pelantikan ahli majlis oleh kerajaan negeri menyebabkan “naungan politik dan rasuah secara besar-besaran selama beberapa dekad”, kerana mereka tidak menjawab kepada orang ramai tetapi kepada tuan politik mereka.
Bersih berkata pilihan raya datuk bandar akan memberi mandat kuat untuk memperkenalkan reformasi institusi di bandar-bandar besar.
“Dalam bandar yang memilih datuk bandar secara langsung, ahli-ahli majlis yang dipilih masih diperlukan sebagai cabang legislatif bagi menyediakan semak dan imbang eksekutif.
“Dalam bidang kuasa tempatan yang lebih kecil yang mana tidak memerlukan datuk bandar yang dipilih secara langsung, majlis tempatan sebagai cabang legislatif mesti dipilih dan ianya secara tidak langsung memilih yang dipertua majlis perbandaran dan kabinetnya, seperti mana pengamalan sistem Parlimen di peringkat persekutuan dan negeri.”