Dr M: Khairy calon terbaik jadi presiden Umno

Dr M: Khairy calon terbaik jadi presiden Umno

Wartawan terkejut apabila pengerusi PH itu bercakap mengenai pemilihan Umno.

Free Malaysia Today
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendapat ‘sokongan’ mengejut daripada perdana menteri.
ALOR SETAR:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi “sokongan” kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk menerajui Umno.

Perdana menteri mengejutkan wartawan apabila beliau berkata, Khairy ialah calon “terbaik” untuk memegang jawatan itu.

“Saya dapati calon ketua (presiden Umno) terbaik ialah Khairy,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH Kedah di Seri Mentaloon, hari ini.

Setakat ini, Khairy akan berdepan 3 pencabar, iaitu bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Pada 22 Mei lalu, pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua jawatan dalam parti itu terbuka dan bebas dipertandingkan, termasuk jawatan presiden, timbalan dan naib presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.