
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan tangkapan itu.
Beliau berkata, 2 pegawai kanan polis itu direman 4 hari mulai semalam hingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.
Dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu, 2 pegawai itu ditahan di sebuah kedai membaiki kereta di Subang Jaya bersama wang tunai RM341,000.
Menurut sumber, penahanan 2 pegawai yang masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan itu turut membawa kepada rampasan beberapa kereta mewah dan sejumlah wang tunai di sebuah kondominium milik seorang suspek dan di pejabat STAGG di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.