
Pertemuan secara tertutup yang berlangsung kira-kira sejam setengah itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Terdahulu kenderaan membawa Anwar dilihat memasuki perkarangan istana kira-kira 10.00 pagi.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita semasa dalam perjalanan keluar, Anwar berkata, antara perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah berkenaan calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Azmin yang memegang jawatan sebagai menteri kabinet.
“Kita ada bincang mengenai soal itu, perkara ini hampir selesai,” katanya.
Ketika ditanya tentang calon berpotensi menggantikan Azmin, dalam nada bergurau Anwar menjawab: “Senarai calon terlalu banyak, banyak puluh”.