
Menurut Mukhriz dalam kenyataan hari ini, potongan gaji 10% diputuskan dalam mesyuarat exco di Wisma Darul Aman hari ini.
Potongan gaji bertujuan menjimatkan perbelanjaan dan sebagai langkah prihatin terhadap masalah kewangan yang dihadapi negeri, di samping mencontohi ketetapan kerajaan persekutuan memotong gaji asas ahli jemaah menteri sebanyak 10%, katanya.
“Sesungguhnya, pimpinan kerajaan negeri bersama-sama rakyat, ketika ini menanggung pelbagai bebanan dan tanggungan kewangan,” kata Mukhriz dalam kenyataan tersebut.
Pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji menteri dikurangkan 10% berkuat kuasa serta-merta.
“Gaji menteri sebenarnya lebih rendah daripada sesetengah penjawat awam berpangkat tinggi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri pertamanya.