
Apa perancangan buka puasa anda hari ini?
Selain bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, hotel terkemuka juga menyediakan bufet dengan ratusan aneka makanan pada harga berpatutan.
Antara hotel terkenal dengan juadah sempena Ramadan ialah Hotel Grand Seasons di Kuala Lumpur. Setiap tahun, hotel ini tidak ketinggalan menawarkan pilihan menu yang menawan hati dan perut pelanggannya.
Menurut Chef Fauzi yang bertanggungjawab ke atas penyediaan makanan sepanjang bulan Ramadan di Hotel Grand Seasons, makanan disediakan dengan mengamalkan konsep “Baroqah” yang bermaksud berkat dalam bahasa Melayu.
“Baroqah di sini pula bermakna kami hanya sediakan makanan yang dijamin halal dan bersih.
“Semua menu makanan ini dimasak menggunakan menu tradisional, termasuk makanan India, Cina dan tentu sekali Melayu,” kata Fauzi di awal bicara.
Tambah beliau lagi, mengenai masakan yang disediakan khususnya masakan Melayu, ia juga dimodenkan mengikut citarasa kini, misalnya kambing percik dari rusuk, selain kambing panggang seekor yang menjadi hidangan wajib.
Secara keseluruhannya, Hotel Grand Seasons menyediakan lebih daripada 200 jenis sajian bermula dengan “starter” hingga kepada makanan utama dan pencuci mulut yang pelbagai dan menarik.

Menarik lagi ialah penyediaan makanan di gerai-gerai berkonsep tempatan untuk menawarkan suasana lebih mesra.
“Makanan juga disediakan di gerai-gerai kecil misalnya nasi kandar dan kari kepala ikan, gerai ‘steamboat’ makanan laut, pelbagai jenis hidangan mi, Air Batu Campur (ABC) dengan lebih 30 pilihan kondimen, kuih muih, gerai goreng-goreng, gerai demo masakan dan banyak lagi,” jelas Fauzi.

Nampaknya, Grand Seasons memberi kelainan untuk memori berbuka puasa para pelanggannya.
“Menu utama pilihan chef untuk tahun ini ialah sup gear box, nasi beriani gam kambing dan ayam. Ia pilihan mesti cuba dan saya sarankannya. Namun, nasi beriani akan bertukar kecuali nasi beriani gam ayam yang boleh didapati setiap hari,” jelas Fauzi lagi.

Bufet Ramadan Hotel Grand Seasons disediakan sehingga 14 Jun ini pada kadar harga berpatutan iaitu RM98.00++ seorang manakala RM50.00 ++ seorang bagi kanak-kanak.
Pelanggan digalakkan melakukan tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi Seasons Coffee House di talian 03 2697 8888 sambungan 8819 / 8818 atau emel ke [email protected].