Cuepacs rayu notis tamat 17,000 lanjut ke selepas raya

Cuepacs rayu notis tamat 17,000 lanjut ke selepas raya

Cuepacs berharap notis penamatan 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik dilanjutkan ke sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh asal.

Free Malaysia Today
Datuk Azih Muda. (Gambar bernama)
KUALA LUMPUR:
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kerajaan melanjutkan notis penamatan sebahagian 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini.

Presiden Datuk Azih Muda mengharapkan lanjutan sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh asal kerana mengambil kira sambutan hari raya dan tanggungan kelompok terkesan seperti hutang dan pinjaman belum habis dibayar.

“Notis penamatan perkhidmatan yang dikeluarkan sepatutnya 16 Jun 2018. Tetapi jika kita libat waktu itu masa sambutan Aidilfitri.

“Kita rayu notis itu dipanjangkan. Kalau tak ikut tempoh kontrak pun beri 1 tempoh panjang untuk penjawat awam yang diberhentikan,” katanya pada sidang media di Wisma Ceupacs.

Cuepacs membuat rayuan ini selepas menerima aduan dan rungutan daripada kakitangan terkesan.

Kerajaan mengumumkan pemberhentian 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik dalam usaha menurunkan perbelanjaan kerajaan kerana banyak pembaziran dalam perkhidmatan awam, kecuali golongan bergaji rendah seperti pemandu.

Azih menjelaskan 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik ini terbahagi kepada 3 kumpulan dan pemberhentian ini akan memberi kesan kepada kumpulan yang tidak terlibat dengan dasar dan politik kerajaan.

Tiga kumpulan itu ialah kumpulan pelaksana 1, 2 dan Pengurusan & Profesional. Mereka ini dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Dalam 3 kumpulan itu ada yang kontrak dan tetap. Mereka ini terkesan tetapi tidak terlibat dengan dasar dan politik kerajaan.

“Kumpulan itu adalah Gred 1 hingga 40 yang antaranya pentadbiran, pembantu awam, kerani dan pembantu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.