Najib dan Justo disoal dalam bangunan sama

Najib dan Justo disoal dalam bangunan sama

Bekas perdana menteri itu tiba 40 minit selepas warga Switzerland yang berperanan membongkar salah laku 1MDB hadir untuk meneruskan sesi penyiasatan bersama SPRM.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir untuk meneruskan sesi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada masa sama seorang lagi saksi penting kemelut 1MDB sedang disoal siasat di bangunan sama.

Najib hadir pada 9.45 pagi, kira-kira 40 minit selepas ketibaan Xavier Justo yang pernah dipenjarakan di Thailand kerana membocor maklumat berkenaan salah laku bekas syarikatnya Petro-Saudi International dengan 1MDB.

Ia merupakan sesi kedua untuk Najib dan Justo.

Selasa lalu, Najib disiasat selama lebih 4 jam, di mana beliau berkata pelbagai dokumen dan maklumat lebih terperinci dibekalkan berkenaan wang RM42 juta yang diterimanya dan dikaitkan dengan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Ia di sebalik pemeriksaan besar-besaran polis terhadap beberapa kediaman Najib dan anggota keluarganya, sehingga membawa kepada rampasan tunai dan barangan mewah dipercayai bernilai ratusan juta ringgit.

Najib selesai beri keterangan pada SPRM selepas disoal lebih 4 jam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.