
Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud yang dipetik Berita Harian, mengesahkan serbuan itu, tetapi tidak menyatakan sama ada Azeez ditahan.
Azeez berjaya mempertahankan kerusinya di Parlimen Baling pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Sumber SPRM yang dipetik Bernama berkata, serbuan itu dilakukan serentak di 3 lokasi bermula 12.30 tengah hari semalam dan sejumlah wang tunai turut dirampas di salah satu lokasi itu.
Selain rumah Azeez di Subang dan Baling, SPRM turut memeriksa pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak.
Menurut sumber itu, siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.
FMT masih gagal menghubungi Azeez.