
Beliau berkata inisiatif itu menunjukkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan mengamalkan kepimpinan melalui teladan selaras dengan harapan tinggi yang diletakkan rakyat ke atas mereka.
“Pemotongan gaji ini tepat pada masanya untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan membantu kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama beliau berharap kerajaan turut mengambil kira nasib petugas agensi yang dibubarkan termasuk kemungkinan mereka diserap oleh jabatan lain.
Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jemaah menteri hari ini, Dr Mahathir mengumumkan pemotongan gaji pokok menteri sebanyak 10% serta pembubaran agensi-agensi “tidak perlu” seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Majlis Profesor Negara dan Jabatan Hal Ehwal Khas.