
Pelakon yang terkenal menerusi filem Juvana dengan watak Botak, Johan As’ari di laman Twitter menulis komen yang agak tidak menyenangkan, lalu mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya pengikut setia Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Cuba check rumah Tun, mesti banyak jugak duit,” kata tweet tersebut diikuti emoji duit.

Ia menimbulkan rasa kurang puas hati netizen yang terus mengecam Johan sebagai tidak sensitif, tidak menghormati pemimpin yang berjuang untuk negara dan mengakui ia hanya cara pelakon itu mencari publisiti murahan.

Namun tidak ketinggalan ada netizen yang melihat komen Johan, anak kepada Setiausaha Politik bekas Menteri Kerja Raya, Dayuk Shaziman Abu Mansor ini sebagai kenyataan pembangkang justeru menyatakan supaya pihaknya terus belajar menjadi pembangkang yang baik.
Tweet Johan setakat ini ditweet semula 487 kali dan menerima ratusan komen balas, kebanyakanya menyerang pelakon yang pernah menyertai Fear Factor Celebrity Musim 1 itu.
