
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin sekadar mahu berkongsi berita baik mengenai panggilan diterima daripada Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing untuk bekerjasama pada masa depan.
Namun, netizen menggunakan gambar itu untuk menghasilkan pelbagai “meme” dengan kapsyen masing-masing yang agak lucu dan kelakar.

Ada yang tidak ketinggalan mengaitkan panggilan telefon itu dengan gambar panggilan balas daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tidak ketinggalan, ada yang berjaya mengesan jenis telefon bimbit yang digunakan oleh Azmin iaitu iPhone 6 Plus.
Ramai lagi yang terus mengusik beliau dengan pelbagai komen di dalam rangkaian tweetnya.
Semoga Azmin tidak tersinggung dengan usikan nakal ini dan menerimanya secara sporting!