
Kuok dalam sebuah video yang dimuat naik ke kelab penyokong Dr Mahathir berkata, pengerusi Pakatan Harapan itu sudah menyelamatkan negara.
“Saya tabik anda, anda selamatkan negara, sudah tentu dengan bantuan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin,” katanya.
Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan berkata, beliau memahami apa yang dimaksudkan ahli Majlis Penasihat Kerajaan itu.
“Ya, saya tahu. Saya perlukan bantuan anda sekarang,” balas Dr Mahathir.
Semalam, Kuok menggesa rakyat mempercayai Majlis Penasihat Kerajaan.
“Kita semua mendoakan yang baik-baik untuk negara kita. Kami berharap rakyat dijaga dengan baik.”
“Raja Gula” itu antara 5 individu dilantik Dr Mahathir untuk menasihatkan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi dan kewangan.
Keutamaan mereka termasuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) diturunkan kepada 0%, memperkenalkan semula subsidi minyak, mengkaji semula projek kerajaan berskala besar dan menaikkan gaji minimum.