
Satu rakaman klip video dimuatnaik di laman sosial menunjukkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri keretanya, dipercayai untuk melihat keadaan di sekitar bandar raya itu.
Dalam klip video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter yang juga seorang blogger, Firdaus Abdullah, Dr Mahathir memandu menggunakan kereta Proton Perdana, menurut logo yang tertera di stereng kereta, sambil mendengar stesen radio frekuensi 87.7 iaitu saluran Klasik FM.
Beliau juga dikatakan memandu sekitar Putrajaya.
“Ada yang bertanya di mana Dr Mahathir mendapat tenaga yang melimpah pada umur 93 tahun. Semoga Tuhan terus memelihara negarawan ini,” tulis Firdaus.
Sebelum menjadi perdana menteri, negarawan ini sering kali ditemui bersama rakyat menaiki pengangkutan awam dan berada di tempat awam bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah.
Keyakinan dan inisiatif beliau untuk terus memperjuangkan negara pada usia emas ini sambil memandu kereta kemegahan nasional juga dilihat sebagai sesuatu yang membanggakan.
Ramai netizen juga nampaknya teruja melihat kekuatan Mahathir pada usia ini dan usaha beliau terhadap negara tercinta.
“Wahai Tun Dr Mahathir, warga negara akur pada kepekaan anda terhadap kebaikan negara dan menerusi reformasi institusi dan ekonomi yang dilakukan bersama pasukan PH. Kita akan kembali kukuh dalam masa terdekat. Tolong ambil masa untuk berehat sebaiknya. Kami khuatir dan berdoa demi kesihatan anda. Tolong jaga diri anda,” tulis pengguna bernama V Yong.
Ramai juga tidak ketinggalan menamakan Klasik FM yang menjadi saluran pilihan Dr Mahathir ketika dalam perjalanan.
Video yang dimuatnaik pada malam 19 Mei itu menerima lebih 210,000 tontonan.