Peti terkunci hanya ada wang lama, sijil perkahwinan Najib, kata jurucakap

Peti terkunci hanya ada wang lama, sijil perkahwinan Najib, kata jurucakap

Pihak berkuasa membuka sebuah peti simpanan di kediaman peribadi Najib yang terkunci selama 2 dekad.

KUALA LUMPUR:
Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta berjaya dibuka dan di dalamnya tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam tadi, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara paksa kerana kuncinya telah hilang,” katanya.

Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Jurucakap itu berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di Putrajaya merupakan sebahagian daripada rumah berkenaan.

“Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi itu selepas dikatakan kunci tersebut sudah lama hilang.

Penggeledahan di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu, serta 5 lagi lokasi lain, adalah sebahagian daripada siasatan kes penyelewangan dana syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.