Najib tak lapor polis minta perlindungan, kata wakil peguam

Najib tak lapor polis minta perlindungan, kata wakil peguam

Bekas perdana menteri itu dikatakan membuat laporan polis kerana berasa tertekan dan nyawanya terancam, serta berharap polis akan melindungi keselamatan diri dan keluarganya.

Free Malaysia Today
Hasnal Rezua Merican (2 dari kiri) berkata, tiada laporan polis yang dibuat Najib.
PETALING JAYA:
Wakil peguam Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas perdana menteri itu membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan kerana tertekan dan nyawanya terancam dengan siasatan polis.

“Tidak ada laporan polis yang dibuat Datuk Seri Najib,” kata Hasnal Rezua Merican kepada FMT hari ini.

Terdahulu, China Press memetik sumber sebagai berkata, Najib membuat laporan polis kerana berasa tertekan dan nyawanya terancam, serta berharap polis akan melindungi keselamatan diri dan keluarganya.

Katanya, Najib dalam laporan itu turut mendakwa polis merampas wang tunai, barang kemas dan harta persendirian beliau serta keluarganya yang tiada kaitan dengan siasatan kes 1MDB.

Menurut sumber itu, bekas presiden Umno itu mendakwa barang kemas dan barang lain dihadiahkan rakan, manakala wang tunai ialah dana politik yang diterima Barisan Nasional ketika pilihan raya.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.