PKR Labuan serah nama untuk majlis penasihat Perbadanan Labuan

PKR Labuan serah nama untuk majlis penasihat Perbadanan Labuan

Ketua PKR Labuan Simsudin Sidek berkata beliau menyerahkan senarai itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad dalam pertemuan mereka hari ini.

Free Malaysia Today
Simsudin berkata beliau juga maklumklan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pencapaian Pakatan Harapan Labuan pada PRU14.
LABUAN:
PKR Labuan menyerahkan senarai nama kepada Perbadanan Labuan untuk dipertimbangkan menganggotai majlis penasihat perbadanan itu.

Ketua PKR Bahagian Labuan Simsudin Sidek berkata beliau menyerahkan senarai itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad dalam pertemuan mereka hari ini yang disertai calon parti Warisan bagi kerusi Parlimen Labuan pada pilihan raya lepas Noor Halim Zaini.

Jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan masih dipegang oleh Rozman Isli, ahli Parlimen Labuan dari Umno.

“Dalam pertemuan itu kami membincangkan pelbagai isu secara panjang lebar termasuk keluhan peniaga tempatan dan perbincangan itu berjalan secara positif,” beliau memberitahu Bernama.

Beliau berkata hasil pertemuan itu pegawai perbadanan itu bersetuju mengadakan pertemuan dengan wakil penjaja medan selera Labuan yang baru siap bagi mendengar keluhan mereka terutama mengenai bayaran sewa dianggap terlalu tinggi dan membebankan

Simsudin berkata beliau juga memaklumklan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pencapaian Pakatan Harapan Labuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas di mana Noor Halim cuma kalah tipis kepada Rozman dengan majoriti 1,450 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.