
Saifuddin berkata pencalonan wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak ada dalam rancangan PH sejak awal lagi.
Beliau demikian selepas Pejabat Perdana Menteri mengumumkan 15 dari 25 portfolio Kabinet persekutuan hari ini, tanpa nama-nama Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.
“Ini adalah kabinet asas. Ia penting untuk membolehkan angkat sumpah diadakan pada Isnin ini dan eksekutif dapat berfungsi.
“Jawatan bagi menteri dari Sabah dan Sarawak memang sejak awal ada dalam perancangan dan akan dimasukkan dalam Kabinet fasa ke-2 nanti,” katanya.
Pada pilihan raya umum baru-baru ini, Pakatan Harapan memenangi 12 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 6 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah.
Sekutu PH, Parti Warisan Sabah menang 8 kerusi Parlimen.