Putrajaya mahu pecat 17,000 pekerja kontrak kerana pembaziran

Putrajaya mahu pecat 17,000 pekerja kontrak kerana pembaziran

Perdana menteri berkata mereka yang diberhentikan itu lantikan politik.

PUTRAJAYA:
Putrajaya hari ini mengumumkan akan memberhentikan 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik dalam usaha menurunkan perbelanjaan kerajaan, kerana banyak pembaziran dalam perkhidmatan awam.

“Terlampau banyak kakitangan kontrak. Ada diberi kontrak kerana keperluan pentadbiran dan ada kerana politik. Lantikan politik akan kita tamatkan,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata kakitangan bergaji rendah, seperti pemandu, tidak akan disingkirkan.

“Mereka bergaji rendah, jadi akan susahkan mereka jika dipecat secara tiba-tiba. Mereka akan diberi jawatan lain yang sesuai dengan kelayakan,” katanya.

Beliau berkata penukaran tanggungjawab itu akan mengambil masa dan sedang dilakukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.