
“Akhirnya, hari ini 14 Mei 2018, ‘travel ban’ yang dikenakan ke atas saya oleh Najib/Rosmah dicabut. Dalam masa yang sama Najib/Rosmah pula kena ‘travel ban’,” katanya merujuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque sebelum ini dilarang keluar negara selepas mengadakan pameran kartun di Geneva yang dirasmi oleh bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan.
Januari lalu, beliau yang gagal mendapatkan pembatalan larangan keluar negara di Mahkamah Tinggi sedang mencuba mencabar kesahan undang-undang imigresen di Mahkamah Persekutuan.
Selain larangan keluar negara, beliau juga berdepan 9 tuduhan hasutan kerana didakwa menghina badan kehakiman atas kes liwat ke-2 melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.