
Mohd Shafie berkata 4 Adun itu ialah Datuk Bolkiah Ismail (Pitas) dan Datuk James Ratib (Sugut) daripada Umno, Datuk Masiung Banah (Kuamut) dan Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) daripada Upko.
“Kehadiran mereka hanya memberi sokongan kepada saya, dan saya tidak menolak sokongan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya, hari ini.
Semalam, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengangkat sumpah jawatan ketua menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri, untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) pimpinan Tan Sri Musa Aman dalam tempoh 48 jam selepas hilang majoriti mudah.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Warisan memperoleh 21 kerusi DUN, manakala rakan-rakan Warisan dari Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP memperolehi 6 kerusi dan PKR 2 kerusi.
Namun tindakan 6 Adun BN menyatakan sokongan dan menyertai Warisan membolehkan Warisan membentuk kerajaan apabila berjaya mendapat majoriti mudah dengan memperoleh 35 kerusi DUN.