
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ialah menteri kewangan, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah menteri dalam negeri dan Presiden Amanah Mohamad Sabu ialah menteri pertahanan.
Dr Mahathir berkata pentadbirannya juga akan menubuhkan satu majlis penasihat yang dianggotai bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas CEO Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, hartawan Tan Sri Robert Kuok, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
Katanya, penubuhan ini terdiri dari pakar-pakar untuk menasihati kerajaan dalam isu-isu ekonomi dan kewangan.
Dr Mahathir berkata 7 menteri akan diumumkan kemudian berikutan mengambil masa untuk memilih dan melakukan perbincangan.
Beliau juga akui akan mengambil golongan muda dan wanita di dalam barisan kabinetnya.
“Kita akan umumkan nanti. Buat masa sekarang kita umum 3 menteri paling kanan dahulu.
“Selebihnya 7 lagi menteri, kita telah meminta 3 nama untuk dipertimbangkan perdana menteri. Keputusan bukan sahaja dibuat perdana menteri tetepi akan dinilai oleh setiap ketua parti dalam PH,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM, Yayaan Selangor.
Dr Mahathir juga bekata beliau hanya mahu menubuhkan kebinet yang kecil yang mempunyai 25 ahli sahaja.
“Kami menyedari sebahagian kami tidak mempunyai pengalaman menjalankan kerajaan.
“Kepakaran akan datang melalui nasihat pemimpin pengalaman,” katanya.