Suhakam kecam penolakan calon, beli undi dan persempadanan semula

Suhakam kecam penolakan calon, beli undi dan persempadanan semula

Tiga perkara itu memberi kesan pada lapangan pertandingan dan menyeru SPR disusun semula.

Free Malaysia Today
Razali Ismail berkata rakyat berhak mengundi secara bebas.
PETALING JAYA:
Suruhajaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas berlakunya penolakan calon, pembelian undi dan persempadanan semula sebelum hari pengundian 9 Mei ini.

Suhakam menegaskan komitmen pada pilihan raya bebas dan adil, mengatakan lapangan pertandingan terkesan dengan penolakan calon yang meragukan dan pengagihan wang dan hadiah.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata walaupun amalan itu berlaku dalam lingkungan undang-undang, ianya sudah lama ditolak banyak negara demokrasi lain.

Suhakam turut menghentam pelaksanaan persempadanan semula, melihatnya sebagai “pelanggaran dasar prinsip pilihan raya demokratik yang melambangkan ketidakseimbangan”.

Razali berkata Suhakam dimaklumkan pelbagai kes berlaku di mana terdapat usaha untuk mengurangkan jumlah mereka yang mempunyai hak untuk mengundi, dan menerima aduan berkenaan undi pos yang masih belum diterima 48 jam sebelum pilihan raya.

“Rakyat berhak untuk melaksanakan hak mereka untuk bebas mengundi memandangkan ia adalah hak warganegara yang tidak dapat dipisahkan serta dipertikaikan,” katanya.

Suhakam menyatakan semula kekecewaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak membenarkan suruhanjaya memantau proses pilihan raya, mengatakan ia “benar-benar tidak wajar”.

Razali berkata Suhakam menyeru SPR disusun semula, dengan mengambil kira “amalan keseluruhan” di negara lain.

“Malaysia berada di kedudukan 125 daripada 197 negara di seluruh dunia dalam Indeks Kebebasan Pilihan Raya Dunia 2018 dan ini merupakan gejala kepada situasi yang berlaku di negara kita,” katanya.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.