
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu dirasakan perlu dilakukan apabila melihat kepada fitnah yang sedang berlaku dalam media sosial hari ini.
“Saya tengok banyak fitnah di sosial media di saat akhir berkempen ini. Saya dah kata di Parlimen semasa membentangkan Rang Undang-Undang ini, perkara seperti ini (fitnah di media sosial) akan berlaku dan sekarang sedang berlaku.
“Masalah paling besar adalah akaun palsu yang datang dari negara luar,” katanya kepada media selepas melawat pusat daerah mengundi (PDM) Pasir Gogok, hari ini.
Tambahnya, fitnah yang berlaku amat berleluasa dalam keadaan yang sungguh tidak munasabah seolah-olah kerajaan sudah jatuh meskipun keputusan PRU14 akan ditentukan pada 9 Mei ini.
“Saya di Pengerang pun ramai orang turun ceramah tetapi saya tak ada la terlampau taksub, sombong katakan kerajaan BN akan menang besar sebaliknya saya menyatakan harapan kita,” katanya lagi.