
“Mantera mereka adalah setia pada parti, bertugas dan berjuang untuk rakyat, untuk perpaduan tetapi hari ini mereka yang jadi anasir yang membawa kepada kemungkaran pada prinsip mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis di Dewan Felda Ulu Belitong, Semberong.
Semalam, 2 veteran Umno yang juga bekas menteri, iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan keanggotaan parti berkuatkuasa semalam, susulan tindakan mereka menyokong pembangkang, selain menghentam parti.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Tan Sri Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.
Beliau berkata, surat pengguguran keanggotaan itu dihantar kepada Daim dan Rafidah Jumaat lalu, sebagaimana yang diperuntukkan perlembagaan parti.
Shahrizat berkata Umno yang menjaga mereka daripada skandal, dugaan dan cubaan semasa bekas pemimpin veteran itu berjawatan.
“Tetapi pada hari ini, mereka berpaling tadah. Dan derhaka kepada prinsip mereka sendiri. Mereda menderhaka kepada prinsip-prinsip yang semasa mereka memimpin dahulu mengajar kami pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, Shahrizat enggan mengulas kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilaporkan mahu memberi jawatan menteri jika BN menang majoriti 2/3 Parlimen pada pilihan raya kali ini.
“Itu tidak mustahak. Kita nak menang dulu. Nak menang. Yang paling mustahak pada saya kemenangan Wanita, bukan jawatan,” katanya.