
Tanpa menamakan mana-mana individu, Shahrizat berkata mereka mesti memberi laluan kepada pemimpin lebih dan tidak memburukkan kerajaan.
“Ramai daripada mereka yang dah pencen daripada jawatan tertinggi yang dipegang dulu patutnya berterima kasih kepada kerajaan.
“Masa kita dah berlalu, bagilah dekat orang lain dan janganlah rosakkan negara,” ketikanya ketika berucap di program Jelajah Cakna Rakyat di DUN Bukit Payong hari ini.
Beliau juga berpesan kepada pengundi bahawa bekas-bekas pemimpin Umno yang bersama Pakatan Harapan (PH) tidak memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
“Semua ini yang masuk pakatan pembangkang ada agenda peribadi,” katanya, lalu mempersoalkan apakah pentadbiran hari ini begitu buruk sehingga bekas-bekas pemimpin perlu berganding bahu menggulingkan kerajaan.
“Buruk sangat ke kerajaan yang ada hari ini? \Ada siapa yang mati kebuluran? Ada siapa yang tidak ada masa hadapan?” katanya.
Sementara itu, Shahrizat percaya BN dapat menghasilkan momentum di Terengganu dan nenambah bilangan kerusi DUN, daripada 17 yang sedang dipertahankan.
“Jangan hairan kita akan naik lagi jumlah kerusi kita ke 25 kerusi, dan sudah semestinya tambah kerusi itu di DUN Bukit Payong dan DUN Sura,” katanya.