PKR nyaris tak dapat bertanding Bukit Melawati

PKR nyaris tak dapat bertanding Bukit Melawati

Pencalonan G Sivamalar ditolak pegawai pengurus pilihan raya kerana melanggar peraturan alamat tempat tinggal.

Free Malaysia Today
Kertas pencalonan G Sivamalar (tengah) ditolak kerana masalah pada alamat tempat tinggal. (gambar Facebook)
KUALA SELANGOR:
PKR nyaris tidak dapat bertanding DUN Bukit Melawati apabila calon parti ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana melanggar peraturan alamat tempat tinggal

Kertas pencalonan G Sivamalar ditolak oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Selangor Railah Rahmat selepas semakan mendapati calon PKR itu memiliki alamat tempat tinggal di Raub, Pahang.

Bagaimanapun kehadiran calon pengganti Juwairiya Zulkifli menyelamatkan keadaan apabila beliau diterima sabagai calon PKR.

Railah berkata SPR terpaksa menolak pencalonan Sivamalar kerana beliau bukan dari kawasan itu.

Bagaimanapun SPR menerima pencalonan Juwairiya selepas menerima watikah pelantikannya serta wang deposit sebelum proses penamaan calon tamat 10.00 pagi tadi.

Calon BN, Jakiran Jacomah akan menghadapi perlawanan 3 penjuru dengan Muhammad Rashid Muhammad Kassim (PAS) dan Juwairiya Zulkifli (PKR)

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.