Polis jamin keluarga Batash, Kedutaan Palestin selamat

Polis jamin keluarga Batash, Kedutaan Palestin selamat

Fuzi Harun berkata, polis akan memberi kawalan keselamatan secukupnya kepada waris keluarga Fadi al-Batash dan Kedutaan Palestin di Malaysia.

Free Malaysia Today
Fuzi Harun berkata, siasatan pembunuhan pensyarah dari Palestin itu masih diteruskan dengan mengambil kira pelbagai aspek.
KUALA LUMPUR:
Polis memberi jaminan kawalan keselamatan bagi waris keluarga Fadi al-Batash yang ditembak mati semalam dan Kedutaan Palestin di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis memberi kawalan keselamatan secukupnya, jadi tidak perlu bimbang akan tahap keselamatan mereka.

“Selain itu, jaminan keselamatan juga diberi kepada pihak Kedutaan Besar Palestin di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, siasatan pembunuhan warga Palestin itu masih diteruskan dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Batash, pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, ditembak mati di luar Kondominium Idaman Puteri, di Setapak semasa berjalan ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat subuh kira-kira 6 pagi semalam.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu.

Pensyarah universiti dari Palestin maut ditembak ketika ke surau

Kes pensyarah Palestin: Polis nafi lewat tiba selepas 43 panggilan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.