
Ketua PPBM Sri Gading itu mengesahkan penggugurannya kepada FMT hari ini, mengatakan dia diberitahu sekarang bukan “masanya” untuk beliau bertanding.
Beliau menerima keputusan itu, mengatakan ianya sukar untuk bertanding di tengah-tengah pertarungan antara Umno dan bekas orang kuatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Buat masa ini, saya mahu meluangkan masa dengan keluarga dan menjaga anak-anak,” katanya.
Sri Gading salah satu 15 kawasan Parlimen yang Pakatan Harapan mahu tawan daripada Barisan Nasional (BN).
Pada PRU lepas, wakil rakyat BN sekarang, Datuk Ab Aziz Kaprawi mengalahkan wakil PKR Mohd Khuzzan Abu Bakar dengan majoriti 5,761 undian, hampir separuh daripada majoriti yang dimenangi BN pada 2008.
Tariq, 38, masih menyokong Dr Mahathir walaupun tidak terpilih sebagai calon, mengatakan banyak yang beliau perlu belajar daripada bekas perdana menteri itu.
“Paling penting sekarang adalah Dr Mahathir menang. Beliau mempunyai strategi dan tahu apa yang sedang beliau lakukan dan saya percayakannya,” katanya.
Katanya, beliau kini boleh menyumbang lebih banyak untuk kempen pembangkang.
“Saya pun boleh berkempen dengan Dr Mahathir di seluruh negara. Dengan ini saya boleh belajar daripada yang terbaik, daripada kalah di kerusi saya. Siapa lagi orang terbaik selain Dr Mahathir?”