Thanabalan tidak sihat semasa dalam lokap, kata kementerian

Thanabalan tidak sihat semasa dalam lokap, kata kementerian

Noor Hisham berkata sebab kematian belum diketahui dan sedang menunggu hasil laporan bedah siasat.

Free Malaysia Today
Siasatan mendapati terdapat 10 kes kesihatan di lokap tempat Thanabalan ditahan, kata Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata pengajar kelas memandu, Thanabalan Subramaniam yang meninggal dunia dalam tahanan polis pada Selasa mempunyai sejarah demam, sakit perut, cirit birit dan kurang selera makan sejak 4 hari lalu.

Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata sebab kematian belum diketahui dan sedang menunggu hasil laporan bedah siasat yang dilakukan Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam (HSAS).

“Semasa siasatan dijalankan, didapati terdapat 10 kes lain di lokap berpusat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam yang mengadu tidak sihat dengan pelbagai gejala. Sembilan kes mempunyai gejala ringan seperti batuk dan selsema, manakala 1 kes mempunyai gejala sakit perut dan cirit birit.

“Sebanyak 7 kes telah diberikan rawatan semasa di lokap berpusat IPD Shah Alam oleh pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) manakala 3 kes pula telah dirujuk ke HSAS untuk rawatan dan seterusnya dibenarkan pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, FMT melaporkan Thanabalan, 38, yang didakwa ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma meninggal dunia

Thanabalan, 38, yang didakwa ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, meninggal dunia di Hospital Shah Alam selepas dikejarkan dari Ibu Pejabat Polis Shah Alam, di mana dia ditahan selama kira-kira 20 hari.

Penyandang Parlimen Kapar G Manivannan yang mengambil kes ini berkata bedah siasat Thanabalan Subramaniam, yang meninggal dalam tahanan polis, tidak dapat mengesahkan punca kematian tetapi tiada tanda-tanda penderaan fizikal.

Polis mengesyaki lokap berpusat di mana mendiang ditahan ditahan dicemari jangkitan dan Manivannan berkata sampel tisu dan darah diambil untuk analisis lanjut.

Beliau percaya ada unsur-unsur kecuaian di pihak polis dalam memastikan Thanabalan mendapat perhatian perubatan secepat mungkin.

Hisham berkata, pasukan kesihatan dari pejabat kesihatan daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga giat menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan di lokap terbabit, seperti penyahjangkitan sekitar sel dan lokap, pegasingan kakitangan dan tahanan serta pemantauan kesihatan harian.

“Pemeriksaan kebersihan persekitaran di IPD telah dijalankan termasuk kebersihan dan keselamatan makanan yang dibekalkan. Pemeriksaan ini masih terus dijalankan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.