Tukang pasang bendera juga patut dihukum, kata DAP

Tukang pasang bendera juga patut dihukum, kata DAP

Lim Lip Eng berkata, tempoh berkempen belum bermula secara rasmi.

Free Malaysia Today
Lim Lip Eng berkata, mereka yang mencabut bendera BN semalam mungkin ialah rakyat yang kecewa, bukannya penjenayah tegar.
PETALING JAYA:
Wakil rakyat DAP, Lim Lip Eng menggesa pihak berkuasa turut menghukum mereka yang memasang bendera Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur sebelum hari penamaan calon, bukan hanya menyasarkan individu merosakkan bendera parti politik itu.

Ini susulan penahanan 3 wanita yang didakwa merosakkan bendera BN di Taman Tun Dr Ismail, semalam.

Polis dilaporkan berkata, mereka menyiasat satu rakaman video seorang lelaki mencabut bendera BN di kawasan sama.

“Walaupun saya tidak menyokong tindakan 3 wanita itu merosakkan bendera BN, saya tidak rasa mereka patut ditahan polis,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, 3 wanita itu mungkin hanya rakyat kecewa, bukannya penjenayah tegar.

“Pihak berkuasa juga patut menghukum mereka yang bertanggungjawab memasang bendera BN kerana tempoh berkempen belum bermula secara rasmi.”

Tempoh berkempen hanya bermula selepas hari penamaan calon pada 28 April ini. Bagaimanapun, jalan raya sudah dipenuhi bendera kedua-dua pihak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Dua wanita itu berusia 31 tahun, manakala seorang lagi berusia 37 tahun. Lima gunting dipercayai digunakan untuk perbuatan sedemikian ditemui pada suspek itu.

Lelaki dalam video itu juga sedang disiasat di bawah akta sama.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Rosakkan bendera BN, polis tahan 3 wanita

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.