
Barbara adalah isteri presiden ke-41, George H W Bush, dan ibu kepada presiden ke-43, George W Bush.
Keluarga Bush mengumumkan dalam satu kenyataan pada 15 April lalu bahawa Barbara mengalami masalah kesihatan, memutuskan untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan, sebaliknya menumpukan kepada penjagaan.
Barbara dilaporkan bertarung dengan penyakit pulmonari obstruktif kronik dan masalah kegagalan jantung beberapa tahun kebelakangan ini.
Barbara digelar “The Silver Fox” oleh suami dan anak-anaknya, dan terkenal dengan rambut putihnya serta disifatkan seorang yang begitu melindungi keluarganya.
Beliau menjadi wanita pertama apabila suaminya bertugas di White House dari 1989 hingga 1993.
Anaknya, George W Bush dari parti Republikan berjaya dalam pilihan raya presiden 2000 yang menjadi kontroversi, tetapi menjadi presiden dari 2001 hingga 2009.
Bapa dan anak yang kedua-duanya bergelar presiden itu kadang-kala dirujuk sebagai “Bush 41” dan “Bush 43”, sempena giliran presiden AS.
Keluarga Bush merayakan ulang tahun perkahwinan mereka ke-73 pada Januari 2018.
Bush tidak mudah dipengaruhi dan lantang mengkritik. Sebagai wanita pertama, dia meningkatkan celik huruf dan membaca tetapi beliau lebih berminat menumpukan perhatian kepada rumah tangga daripada membantu suaminya mentadbir negara.
Beliau tidak gemarkan spekulasi walaupun beliau mempunyai pengaruh politik ke atas presiden seperti pendahulunya – isteri Ronald Reagan, Nancy Reagan, dan isteri Jimmy Carter, Rosalynn Carter.
“Saya tidak ganggu urusan kerjanya dan dia tidak ganggu urusan rumah tangga kendalian saya,” katanya.
“Dia akan memberi buah fikirannya tetapi hanya kepada suaminya,” kata Jack Steel, pembantu Bush yang sekian lama berkhidmat.
Satu-satunya wanita lain yang menjadi isteri dan ibu kepada presiden AS adalah Abigail Adams, wanita pertama dari 1797 hingga 1801. Beliau mempunyai pengaruh besar terhadap suaminya, John Adams, presiden kedua, tetapi meninggal dunia sebelum anak lelakinya, John Quincy Adams dipilih sebagai presiden pada 1824.
Seorang lagi anak Bush, Jeb, yang berkhidmat sebagai gabenor Florida dari 1999 hingga 2007, memohon pencalonan presiden Republikan pada 2016 dan beliau berkempen untuk anaknya sebelum Jeb menarik diri daripada pencalonan itu.
Keluarga Bush mempunyai 6 orang anak. Seorang anak perempuannya, Robin meninggal dunia akibat leukemia pada 1953 pada usia 3 tahun. Rambut Barbara mula berubah warna menjadi putih dalam meratapi kematian anaknya itu. Selain George dan Jeb, anak Bush yang lain adalah Neil, Marvin dan Dorothy.