
Sungai Kandis ialah nama baharu bagi DUN Seri Andalas yang dimenangi Xavier sejak 2008.
“Memang ada sedikit teknikal tentang kerusi DUN Sungai Kandis, sebab dahulunya di DUN Seri Andalas merupakan kerusi campuran, iaitu 54% pengundi bukan Melayu dan 46% Melayu,” katanya ketika ditemui di Bangunan SUK Selangor, hari ini.
“Sebab itu saya dicalonkan di sana dan ada peluang menjadi adun. Sekarang ini, DUN Sungai Kandis sudah menjadi kawasan majoriti Melayu, hampir 78% pengundi Melayu. Disebabkan ramai pengundi Melayu di sana, maka PKR putuskan akan letak calon Melayu di DUN Sungai Kandis.”
Xavier berkata, beliau tidak tahu akan dicalonkan di kerusi mana sehingga kini.
“Saya belum tahu, biar parti yang tentukan, sama ada kekal di DUN atau ke Parlimen,” katanya.
Sumber memberitahu FMT PKR akan menurunkan Mat Shuhaimi Shafiei untuk bertanding di kerusi ditinggalkan Xavier.
Shuhaimi ialah penyandang kerusi DUN Sri Muda yang kini ditukar nama kepada DUN Kota Kemuning sejak 2008.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14