Setiawangsa: Fauzi atau Zulhasnan? Keputusan dijangka esok

Setiawangsa: Fauzi atau Zulhasnan? Keputusan dijangka esok

Sumber dalam Umno berkata, pucuk pimpinan parti itu dijangka membuat keputusan itu esok.

PETALING JAYA:
Umno dijangka membuat keputusan esok, sama ada penyandang Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari atau wakil rakyat terdahulu, Tan Sri Zulhasnan Rafique akan dipertaruhkan di kerusi majoriti Melayu itu.

“Mereka berdua dikatakan mahu kerusi itu, tetapi mungkin akan timbul isu kalau calon baru dipilih. Fauzi seorang yang berpendidikan dan mesra rakyat.

“Tiada masalah kalau kepimpinan tertinggi menukar calon selepas 3 atau 4 penggal. Tetapi, Zulhasnan pun tiada isu.

“Jadi, tunggu dan lihatlah,” kata sumber Umno kepada FMT.

Barisan Nasional (BN) menaruh harapan ke atas kemenangan Fauzi dan sifat mesra rakyatnya untuk memberi kelebihan kepada Umno yang cuba mempertahankan satu daripada 2 kerusi di pusat bandar Kuala Lumpur.

Setiawangsa dan Titiwangsa adalah 2 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur yang dimenangi BN dengan majoriti 1,390 dan 866 undi pada PRU13.

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Zulhasnan yang kini merupakan duta Malaysia ke Amerika Syarikat, pernah dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009, selepas memegang jawatan timbalan menteri dalam kementerian sama 2 tahun sebelum itu.

Zulhasnan ialah ketua Umno Bahagian Setiawangsa, manakala Fauzi ialah timbalannya.

Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14

Duta Zulhasnan sedia bertanding PRU14 jika dicalonkan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.