TMJ belanja pelanggan pusat beli belah RM3,000 seorang

TMJ belanja pelanggan pusat beli belah RM3,000 seorang

Tunku Ismail menegaskan dirinya bukan ahli politik dan sentiasa di pihak Johor.

PETALING JAYA:
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan membuat kejutan di sebuah pasaraya di Bandar Tebrau, Johor hari ini apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu secara spontan beramah mesra dengan pelanggan dan menanggung perbelanjaan mereka.

TMJ dikatakan berbelanja RM3,000 untuk setiap seorang pelanggan.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor. Saya di pihak Johor,” kata TMJ di Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Sebelum ini kenyataan Tunku Ismail di Facebook mencetuskan gempar dalam kalangan rakyat yang sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14.

“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara.

“Tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.