
Beliau berkata keputusan membubarkan Parlimen esok tidak terlambat seperti didakwa oleh pembangkang kerana pilihan raya umum diadakan 2 bulan lebih awal daripada diperlukan.
Salleh berkata, secara tradisi, PRU di Malaysia sentiasa diadakan antara 4 hingga 5 tahun daripada penggal pertama persidangan Parlimen dan pilihan raya umum lepas diadakan kurang 5 tahun lalu.
Beliau menarik perhatian, dari segi undang-undang, PRU14 mesti diadakan selewat-lewatnya menjelang Ogos iaitu 4 bulan dari sekarang.
Beliau seterusnya memberikan senarai tarikh pilihan raya umum di bawah 2 perdana menteri sebelumnya seperti berikut:
PRU8: 21 Oktober 1990, PRU9: 25 April 1995, PRU10: 29 November 1999, PRU11: 21 Mac 2004, PRU12: 8 Mac 2008, PRU13: 5 Mei 2013.
“Jika pembangkang mahu membangkitkan isu, biarlah isu-isu tersebut isu yang sah dan bukan isu tidak masuk yang hanya sebagai percubaan untuk menipu rakyat Malaysia.
“Membubarkan Parlimen esok tidak ‘terlambat’ seperti dikatakan pembangkang. Ia 2 bulan lebih awal daripada yang diperlukan,” kata Salleh menerusi catatan dalam blog beliau hari ini.
Salleh berkata, strategi pembangkang ialah menipu rakyat Malaysia agar memikirkan Najib dan BN takut kalah dalam PRU14, itulah sebabnya Najib melambatkan PRU.
“PRU14 tidak dilambatkan. Ia tepat pada masanya. Dan inilah yang pembangkang menafikan,” kata beliau.