
Beliau yang berumur 92 tahun memulakan perniagaan barang kemas secara kecil-kecilan pada 1949.
Pada 1958, dengan modal RM3,800 beliau membuka kedai pertamanya di Jalan Pitt, Pulau Pinang dengan nama MA Habib Mohamed.
Pada 1987, beliau membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur di Semua House, dan mula menghasilkan produk sendiri daripada bahan mentah kepada barangan siap.
Perniagaannya berkembang di bawah kepimpinan anaknya, Datuk Seri Meer Sadik Habib.
Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Pulau Pinang pada 2015 itu, aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti negeri itu melalui Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang serta Persatuan Saudagar Emas dan Pengurup Wang Pulau Pinang.
Jenazahnya akan disolatkan di Masjid Kapitan Keling dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Pulau Pinang.