
Beliau berkata kerajaan sudah tentu tidak akan membiarkan agenda kosong membazirkan wang rakyat.
“Kalau agenda kosong lama dah Datuk Seri Najib Razak (perdana menteri) suruh hentikan…buang duit sahaja,” katanya pada sidang media sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia di ibu negara hari ini.
Rosmah berkata program bantuan untuk anak-anak autisme berjaya membuka mata masyarakat tentang autisme sejak ditubuhkan pada Disember 2015 melalui program Permata Kurnia.
“Banyak program kita berjaya dan ramai kata kepada saya ini program amat baik. Walaupun program ini baru, masyarakat semakin menerima dan memahami ciri-ciri kanak-kanak autisme,” kata Rosmah.
“Sebenarnya mereka ini pandai tapi ada sikit kelemahan dan kita betulkan di Permata Kurnia,” tambahnya.
Sehingga kini seramai 334 kanak-kanak autisme melepasi program Permata Kunia dan 123 daripadanya berjaya memasuki sekolah aliran perdana bagi 2017 dan 2018.
“Kita belajar daripada negara maju. Kita telah buat kerjasama dan berbincang dengan pakar autisme daripada New York, Amerika Syarikat dan mereka memberi khidmat nasihat,” kata Rosmah.
Beliau berkata Permata akan membuka pusat baharu di Kedah dan Melaka, selain pusat operasi sedia ada di Sentul.
“Perbelanjaan untuk mengadakan pusat ini amatlah tinggi jadi kita kena buat secara perlahan-lahan.
Sementara itu, seorang bapa kepada peserta program Permata Kurnia, Mohd Norami Mat Karim, 39, berkata keadaan anaknya seperti kanak-kanak normal lain sejak menyertai program itu.