
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 3.8520/8560 berbanding mata wang negara maju itu pada 3.8620/8650 ketika ditutup Jumaat lepas.
Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, unit tempatan kekal dalam kecenderungan meningkat disokong oleh pasaran bon tempatan yang stabil.
“Bagaimanapun pilihan raya umum Malaysia merupakan cabaran tempatan seterusnya, kita dapat menyaksikan aliran luar pesisir yang berkurangan, paling lazim berlaku menjelang mana-mana pilihan raya serantau. Namun, pasaran dijangka kekal stabil dalam julat semasa,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Beliau berkata, memandangkan harga minyak mentah diniagakan kukuh selain sentimen serantau yang bertambah baik, ringgit sewajarnya terus meraih sokongan daripada faktor domestik dan luaran yang positif.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Nota tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9409/9442 daripada 2.9476/9511 pada Jumaat mingu lepas dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6244/6285 daripada 3.6369/6404.
Mata wang tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.4132/4192 daripada 5.4246/4307 pada Jumaat selain kukuh berbanding euro kepada 4.7480/7533 daripada 4.7603/7659.