
Mereka cuba memasuki kawasan Parlimen tetapi tidak dibenarkan polis.
Kumpulan itu kemudian berhimpun di jalan raja menuju ke Parlimen sambil mengangkat pelekat menggesa Auku dihapuskan dan melaungkan “Hidup, hidup mahasiswa. Hancur, hancur kezaliman”.
Penunjuk perasaan itu, diketuai Asheeq Ali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berdiri di tengah hujan selama hampir 2 jam sebelum Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dari PKR mengatur 4 wakil mereka memasuki Parlimen untuk bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kemudian, Asheeq memberitahu pemberita mereka sudah menyampaikan mesej mereka kepada Wan Azizah. Mereka juga bertemu serang pembantu kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengatur satu temu janji.
“Saya berharap Wan Azizah akan membantu kami mendesak perkara ini kepada pihak kementerian.
“Kami sudah menghantar memorandum berkali-kali kepada pihak berkuasa tetapi tiada apa yang berlaku. Kali ini, kita bercakap kepada kerajaan dan pembangkang dan kami mahu mereka beri komitmen untuk menghapuskan Auku.
“Ini kerana kami tak tahu apa yang akan berlaku selepas pilihan raya umum. Pakatan Harapan sudah memasukan janji menghapuskan akta itu dalam manifesto mereka. Tetapi bagaimana kalau pembangkang tewas?”

Pada November 2016, Asheeq digantung selama 3 minggu oleh UKM dan didenda RM200 kerana menyertai tunjuk perasaan #TangkapMO1.
Asheeq berkata dia tidak pernah didakwa di mahkamah untuk sebarang kesalahan.
Tunjuk perasaan itu dianjurkan gabungan kumpulan pelajar dan anak muda menyeru tangkapan seorang individu yang dinamakan sebagai “MO1” dalam tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam siasatan berkaitan 1MDB.
MO1 ialah akronim untuk “Malaysian Official 1”.