
“Mempunyai pengalaman serupa di tanah air, kita mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam keadaan apa sekalipun, #SalisburyAttack,” kata Najib di Twitter beliau hari ini.
Bekas perisik Rusia yang menjadi ejen talam dua muka bagi Britain, Sergei dan Yulia ditemui rebah di bangku luar sebuah pusat beli belah di Salisbury pada 4 Mac. Mereka masih dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.
Pihak berkuasa British membuat kesimpulan, Sergei dan Yulia diracun agen saraf “Novichok”.
Begitu juga di Malaysia, Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un, yang sedang menunggu penerbangan ke Macau di klia2 dipercayai dibunuh selepas mukanya disapu agen saraf VX pada 13 Februari tahun lepas.