
KUALA LUMPUR: Dua beradik dipercayai dilarikan 3 individu, termasuk seorang wanita di sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, pagi semalam.
Ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang enggan dikenali berkata, Aleya Reyhana, 4, dan abangnya Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa beliau mahu menjemput mereka pulang dari tadika itu.
Difahamkan, 2 beradik itu diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan pada 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Laporan diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya.