Silakan tulis surat kepada sultan, Azmin beritahu PAS

Silakan tulis surat kepada sultan, Azmin beritahu PAS

Ia susulan amaran PAS Selangor mahu mengambil tindakan terhadap Azmin Ali, jika gagal memenuhi tuntutan mereka mengagihkan peruntukan kepada adun dan penyelaras DUN PAS sebelum sambutan Tahun Baru Cina bulan lalu.

azmin-ali
Gambar Youtube
SHAH ALAM:
Datuk Seri Azmin Ali mengalu-alukan PAS menulis surat kepada Sultan Selangor berhubung isu pembekuan peruntukan untuk wakil rakyat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) parti Islam itu.

“Silakan (tulis surat kepada istana),” kata menteri besar Selangor itu selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persempadanan antara kerajaan Selangor dan Pahang, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan amaran PAS Selangor yang mahu mengambil tindakan terhadap pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, jika beliau gagal memenuhi tuntutan mereka untuk mengagihkan peruntukan negeri kepada adun dan penyelaras DUN PAS sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada 16 Februari lalu.

Kelmarin, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan berkata, parti itu akan menulis surat kepada Istana Selangor dalam masa beberapa hari lagi dan menggesa Jabatan Audit Negeri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat isu itu.

Beliau berkata, tindakan itu akan dilakukan dalam beberapa hari lagi kerana Azmin enggan memberi kebenaran bertulis untuk adun PAS diberikan akses kepada dana itu.

Difahamkan, pembekuan peruntukan RM800,000 kepada setiap adun Selangor itu hanya membabitkan wakil rakyat PAS dan didakwa untuk mencantas khidmat mereka kepada penduduk setempat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Pada 9 Februari lalu, Azmin dilaporkan berkata, isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS boleh diselesaikan tanpa perlu berjumpa Sultan Selangor.

“Kalau Umno kita bagi, takkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan tak bagi. Cuma kena patuh prosedur.”

Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.