
Timbalan perdana menteri itu berkata, ini kerana Najmuddin mengikut semua prosedur yang ditetapkan kepadanya.
“Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah keluarkan kenyataan dan menyatakan secara jelas yang Najmuddin dah memberikan penjelasan semua perkara itu.
“Dan kita ambil ia sebagai benar dan saya percaya penjelasan yang diberikan Najmuddin adalah berdasarkan daripada bukti.
“KPN telah lihat dokumen perjanjian jual beli dan transaksi pejabat kewangan di Australia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Baru-baru ini, Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan pihak berkuasa Australia membekukan satu akaun bank hampir RM1 juta milik Najmuddin.
Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Najmuddin yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.
KPN Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun membersihkan nama Najmuddin daripada sebarang salah laku pada 2016 berdasarkan dokumen membuktikan dana dalam akaun bank di Australia hasil daripada jualan rumah di Shah Alam.
Manakala Zahid sebelum ini berkata Najmuddin sedikit “naif” mengenai undang-undang Australia.
Bagaimanapun, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menyarankan Najmuddin bercuti serta-merta sehingga pihak berkuasa selesai melakukan siasatan.
“Beliu perlu mengambil cuti atau digantung kerja sehingga siasatan selesai. Ini penting untuk menjaga integriti kepimpinan pegawai polis,” kata Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel.
Mengulas lanjut, Zahid yang juga merupakan menteri dalam negeri berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana agensi boleh menyiasat Najmuddin.
“Saya rasa SPRM atau mana-mana agensi yang mahu menyiasat, mereka boleh menyiasat,” katanya.
Pengarah JSJ sedikit ‘naif’ undang-undang Australia, kata Zahid