
Vivekh, menerusi Twitternya, menyuarakan kekaguman terhadap calon perdana menteri PH itu, walaupun beliau tersilap setahun berkenaan umur Dr Mahathir.
“Perhatikan gaya berjalan Dr Mahathir, bekas perdana dan pembina negara Malaysia moden, yang hebat itu pada umurnya 94 tahun,” tulis Vivekh.
Mahathir berumur 93 pada Julai ini.
Tweet Vivekh turut memuatkan video 30 saat Dr Mahathir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Video itu ditonton sebanyak 18,300 kali, dikongsi 384 kali dan disukai oleh 2,700 pengikut Vivekh.
Pelakon tersebut memenangi 3 anugerah Filmfare Best Comedian kerana lakonannya dalam Run (2002), Saamy (2003) dan Perazhagan (2004).
Tweet berkenaan turut mendapat lebih 70 komen. Antaranya daripada Nalini yang menulis: “Benar tuan…beliau orang terhebat Malaysia…Tun Dr Mahathir yang kami kasihi! Kuasa negara ini. Terima kasih tuan.”
Seorang lagi pengikut Vivekh, Navinraja, memasukkan foto Dr Mahathir mengayuh basikal, dan menulis, “Beliau masih berbasikal pada umurnya sekarang”.
Ramai mengagumi bekas perdana menteri itu kerana tenaganya yang tidak pernah berkurang walaupun pada umur beliau kini. Bagaimanapun jadual ketat yang dilaluinya bagi menjana sokongan kepada PH kelihatan memberi kesan ke atas kesihatannya.
Bulan lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana jangkitan paru-paru. Ia merupakan kali ke-2 dalam tempoh 19 bulan beliau mendapat rawatan untuk jangkitan sama. Kali terakhir beliau menjalani rawatan dan pemerhatian itu pada Ogos 2016.
Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari pada 1989. Pada 2007 beliau sekali lagi menjalani pembedahan pintasan jantung.
https://twitter.com/twitter/statuses/970326562095550465