AirAsia: Tony Fernandes tidak letak jawatan

AirAsia: Tony Fernandes tidak letak jawatan

Menurut AirAsia, Fernandes sebaliknya kekal komited terhadap syarikat penerbangan itu dan akan terus memantau hala tuju strategik dan operasi perniagaan.

tony-fernandes-1
KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini menafikan sekerasnya laporan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes akan meletak jawatan untuk menyertai sektor teknologi kewangan (fintech).

Sehubungan itu, syarikat penerbangan tersebut menerusi satu kenyataan hari ini, menggesa orang ramai dan pihak media mengabaikan paparan skrin berita palsu stesen media CNN bertajuk “Tony Fernandes Leaves Air Asia, Jumps On Financial Tech” (Tony Fernandes Tinggalkan AirAsia, Sertai Teknologi Kewangan) yang tersebar di media sosial.

Menurut AirAsia, Fernandes sebaliknya kekal komited terhadap syarikat penerbangan itu dan akan terus memantau hala tuju strategik dan operasi perniagaan.

Sementara itu, Fernandes turut mengulas penyebaran berita palsu itu menerusi catatan Twitter terbaharunya.

“Sudah banyak kali saya menjadi bahan penipuan ini. Namun, inilah laporan palsu terbaik. Realitinya adalah masih terlalu jauh lagi sebelum saya dapat berundur daripada AirAsia dan AirAsia sendiri banyak melabur dalam FinTech (teknologi kewangan). Ada beberapa aset amat bernilai akan dimiliki tidak lama lagi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.