Tembakan depan sekolah: Polis temui 8 kelongsong peluru

Tembakan depan sekolah: Polis temui 8 kelongsong peluru

Polis juga mengenal pasti mangsa dalam kes itu dan sedang menyiasat lebih lanjut mengeani latar belakangnya.

shoot-depan-sekolah
Gambar Facebook.
KUALA LUMPUR:
Polis menemukan 8 kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian kes tembak di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Seri Kembangan yang mengakibatkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam kenyataan berkata pihaknya juga mengenal pasti mangsa dalam kes itu dan sedang menyiasat lebih lanjut berkenaan latar belakangnya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti mangsa.

“Kita percaya kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, ibu bapa yang sedang menunggu anak-anak pulang dari sekolah di perhentian bas berkenaan, gempar apabila dikejutkan dengan kejadian tembak.

Ketika kejadian, seorang daripada 2 lelaki bermotor dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa berusia 40-an, mengakibatkan mangsa terbunuh di lokasi kejadian.

Seorang lagi lelaki berusia 30-an yang berada berdekatan, turut cedera terkena tembakan, di bahagian belakang badan.

Ibu bapa panik, lelaki maut ditembak depan sekolah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.