
“Saya berpesan kepada Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Muhadjir Effendy supaya menyampaikan pesanan kepada Presiden Joko Widodo agar moratorium pembantu rumah dipercepatkan,” katanya menurut laporan itu.
Muhadjir tiba di Kuala Lumpur semalam atas urusan rasmi kerajaan.
Menurut Rusdi, moratorium yang dimaksudkan itu bersifat sementara sehingga syarat kemasukan baharu diperkenalkan seperti meneliti pendapatan dan tahap pendidikan calon majikan bagi memastikan kebajikan pembantu rumah.
“Pelaksanaan syarat itu bergantung kepada tahap keseriusan 2 negara. Jika kedua-duanya serius, sebulan boleh selesai. Majikan yang bermasalah hanya sebahagian kecil sahaja, iaitu majikan yang tidak mempunyai pendapatan yang baik,” katanya sambil menambah pekerja Indonesia dalam perladangan tidak mempunyai masalah.
17 Februari lalu dilaporkan Jakarta merancang untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina Jerima Sau, 21, yang didakwa didera majikannya di Pulau Pinang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi bagaimanapun berharap Indonesia tidak memberhentikan penghantaran pembantu rumah dan mendakwa ia merupakan kes terpencil.
Katanya, tindakan drastik negara jiran itu hanya akan merugikan kedua-dua negara.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 sudah dibayar kepada keluarga Adelina.
Katanya, bayaran itu meliputi tunggakan gaji dari Januari 2015 hingga Februari 2018, berjumlah RM35,900 dan selebihnya pampasan untuk keluarganya termasuk kos penghantaran jenazah dan pengebumian.
Zahid harap Indonesia tidak henti penghantaran pembantu rumah
Duta: Pampasan, tunggakan gaji kepada waris Adelina sudah dibayar