Bapa mengaku tak bersalah pukul anak guna kabel elektrik

Bapa mengaku tak bersalah pukul anak guna kabel elektrik

Tertuduh didakwa mencederakan anak lelakinya berusia 16 tahun di muka, leher, tangan, kaki dan badan menggunakan kabel elektrik.

gavel-court-malaysia-1
KUALA LUMPUR: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan anak lelakinya berusia 16 tahun di muka, leher, tangan, kaki dan badan menggunakan kabel elektrik, November tahun lepas.

Shamsul Amri, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Tertuduh didakwa mencederakan anaknya menggunakan kabel elektrik di rumahnya di PPR Sungai Bonus, Taman Air Panas, pada 11.30 malam, 17 November 2017 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan sebanyak 8,000, namun mahkamah tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin kerana tiada penjaminnya hadir di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.