Video anjing: Namewee bebas tahanan reman

Video anjing: Namewee bebas tahanan reman

Namewee mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengambil berat akan keadaannya.

Namewee-says-video-is-just-for-entertainment-malaysia-1
PETALING JAYA: Penghibur kontroversi Namewee hari ini dibebaskan selepas direman sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan ke atas video “Like a Dog” yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum.

Namewee dalam catatan terbaru di Facebook mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengambil berat akan keadaannya.

“Kini saya cuma ingin mandi bersih, makan kenyang-kenyang kemudian tidur dengan nyenyak. Lain kali cerita. Saya cintakan anda. Selamat malam,” katanya.

Namewee memuat naik klip video sempena Tahun Baru Cina yang memaparkan sekumpulan individu bertopeng anjing, didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee ditahan ketika hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan pada Jumaat.

Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia menyiasat video itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namewee dalam satu video penjelasan berkata video “Like a Dog” itu hanya hiburan dan tidak berniat menghina mana-mana agama atau bangsa.

Beliau berkata, penggambaran video itu dibuat di kawasan lapang yang terletak di tepi jalan utama Putrajaya, bukannya di depan masjid seperti dakwaan sesetengah pihak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.